melayu mesti bersatu

By pulasperut on 11/04/2008 01:46:00 PM

Filed Under:

Bangsa Melayu adalah merupakan suatu bangsa yang membina empayar yang termasyhur diseluruh pelusuk Nusantara pada suatu masa dahulu.Kegemilangan Kerajaan Melayu tercatat
dalam tulisan-tulisan para sarjana barat,maruah bangsa Melayu ternyata berada dipuncak kegemilangan yang tidak dapat disangkal lagi.Dari kepulauan Sulu hingga Langkapuri kehebatan
Melayu tidak dapat ditandingi.

Diketika itu kehebatan Melayu tersohor dalam bidang Agama dan kePahlawanan.Ketika kerajaan
Majapahit dan Matarram tunduk kepada Empayar Kesultanan Melayu.Kehebatan kesultanan Melayu Melaka mampu mematahkan serangan-serangan bangsa Benggali Putih dengan begitu mudah sahaja.

Kekuatan Melayu tidak dapat digugat tanpa adanya Pembelot seperti Patih Karma Wijaya,
setanding dengan Brutus dalam kerajaan Rom ketika pemerintah Julius Ceaser.Brutuslah yang
menjatuhkan kehebatan kerajaan Rom sama seperti terfitnahnya Laksamana Tun Tuah.

Dalam konteks kerajaan Barisan Nasional hari ini,watak2 Patih Karma Wijaya muncul
dengan begitu ramai.Sekiranya watak Karma Wijaya ini menyerap masuk kedalam UMNO, maka akan hancurlah UMNO dalam sekelip mata.Rupa bentuk Karma Wijaya sudah bertukar
dari seorang cendikiawan yang menjadi penasihat Raja kepada Cendikiawan berWang dalam
pertubuhan UMNO.Cendiakawan berWang ini memperdagang nilai-nilai perjuangan UMNO
menjadi suatu objek yang boleh dijual beli.Bezanya pembelinya sekarang adalah manusia yang
bernama Melayu,esok status pembeliannya bertukar menjadi Pengangan Bebas.Umno tonggak kekuatan Bangsa Melayu.Umno Teras Kerajaan Barisan Nasional,Umno Pembela Bangsa Melayu,Melayu di Malaysia adalah penganut Agama Islam.Bila UMNO dijual kepada
pembeli bukan orang Melayu MAKA Melayu tinggal nama sahaja dalam lipatan sejarah sebuah
bangsa yang bakal dibaca oleh cucu-cicit yang tidak akan mengaku berketurunan bangsa Melayu.

Oleh itu,hentikanlah segera Politik Wang yang sedang hebat melanda pemikiran orang Melayu.
Hang Tuah hanya berkata "Ta' Melayu Hilang DiDunia" tetapi Bangsa Melayu akan merempat disegenap dunia hasil dari budaya Politik Wang hari ini.Diketika itu apalah ertinya Wang?.Seluruh warisan milik orang Melayu tergadai kepada orang bukan Melayu.Slogan "Hidup Melayu" yang dilaungkan bersama keris terhunus ditangan akhirnya menjadi bahan jenaka kepada orang lain.

Setelah 5 memanda Perdana Menteri membina kekuatan bangsa Melayu,kita melihat ketokohan yang ada pada Dato' Seri Mohd Najib cukup meyakinkan untuk menyambung pembinaan kekuatan bangsa Melayu,sudah terdengar suara-suara pembelot yang berbangsa
Melayu menunjukkan ciri-ciri Patih Karma Wijaya.ITULAH SAUDARA ANWAR IBRAHIM.
Munculnya Karma Wijaya bertopengkan Anwar Ibrahim amat berbahaya kepada Bangsa Melayu.

Bakal Perdana Menteri Malaysia ke6 perlu bertindak segera menghapuskan Karma Wijaya II
yang sedang bangkit dengan kuncu-kuncunya.Sayangilah Bangsaku.

4 comments for this post

Anonymous

teliarboy ni cikgu sejarah ke? tak baik saudara sama kan anwar dgn oang tu orang ni.. kite orang Islam. Ambil berat sikit tentang dosa pahala.. Assalamualaikum..

Posted on November 6, 2008 at 1:36 AM  
Anonymous

setiap org ada mmpunyai hak bersuara.termasuk saudara dan saya. tampa pro mana2 pihak, secara logik pun, Nabi SAW pun menyatakan dengan jelas, perbahsan adalah jalan terbaik dalam menyesaikan apa2 pertikaian. maksudnya, mereka yang benar jauh lebih besar peluang untuk menang dalam pertikaian apa2 kes sekali pun berbanding mereka yang menegak benang yang basah.

kita bkn yang t'dekat dengan DSAI, jadi yg kita dengar blum tentu sohehnya... stakat maklumat entah dari mana asasnya. cuma kiat dapat fikir berdasarkan logiknya.. carilah dimana logiknya ttg apa2 kes @ tomohan yg dilemparkan...? dan carilah juga apa kebaiakan yg ingin DSIB lakaukan... sesungghnya , beliat tidak aakan mungkin mampu tongkat !!! waallahuaklammmm....

Posted on November 10, 2008 at 6:47 PM  

saye brsetuju dgn pndapat saudara yang kite bkn yg terdekat dgn DSAI dan xth kesahihan maklumat tentang nya. jd lebih baik kite dgr pndapat org lain pula kerana saudara sndiri mengatakan perbahasan adalah jalan terbaik dlm melesaikan apa2 pertikaian. terima kasih..

Posted on November 10, 2008 at 7:35 PM  
Anonymous

salam... aku pernah baca artikel yang ditulis dalam buku... tapi tak ingat tajuk die arrr.,.. copy n edit ke.... tak baik ciplak hak orang tau.. nnti tak jadi jebat jadi keris patih lak

Posted on November 18, 2008 at 12:34 PM  
Blog Widget by LinkWithin