Perpecahan.. angkara pemimpin..

By pulasperut on 11/19/2008 03:47:00 PM

Filed Under:

oleh : Ustaz Man Hassan

Sana-sini masyarakat Malaysia bercakap soal perpecahan. UMNO berpecah, melayu berpecah, MCA berpecah, MIC berpecah, BN berpecah.. artis pun berpecah(bercerai), dan macam-macam lagi perpecahan. Masyarakat terlalu gemar bercakap tentang perpecahan tetapi mereka tidak cuba mencari sebab- sebab perpecahan.
Maka ramai-ramai pula mencari jalan untuk menyatukan balik masyarakat yang berpecah-belah.. Tak mungkin berlaku perpaduan sebenar, tanpa menemui sebab-sebab perpecahan. Kadang-kadang orang takut nak menyatakan yang sebenar kenapa masyarakat berpecah. Lalu bermacam-macam sebab mereka kemukakan. Tetapi satu pun tak betul, tak ikhlas..
Bagi saya, perpecahan dalam masyarakat Malaysia kini adalah bermula apabila berpecahnya para pemimpin yang berkepentingan. Cuba lihat sejarah perbalahan Saidina Ali dengan Muawiyah memyebabkan perpecahan di kalangan umat Islam seperti lahirnya Khawarij, Shiah dan Murjiah.Dalam konteks Malaysia pula, apabila Ku Li lawan Mahathir, UMNO berpecah. Begitu juga apabila Anwar lawan Mahathir, UMNO turut berpecah.
perebutan kuasa oleh mereka yang mahu menjadi pemimpin maka natijahnya, masyarakat berpecah, kerana pemimpin-pemimpin ada pengikutnya sendiri. Bila kalah dalam perebutan kuasa, mereka membawa diri bersama pengikut setianya, kadang-kadang menubuhkan parti lain atau kumpulan lain.Tidakkah ini jelas dan terbukti bahawa perpecahan itu bermula dari memimpin?
Pemimpin berkepentingan punca perpecahan... Maka kalau ingin menyatukan melayu, perkara yang paling utama adalah.. para pemimpin janganlah kerana mengejar kuasa sanggup melihat kesatuan melayu berpecahbelah.

1 comments for this post

inilah fitrah manusia..

Posted on January 2, 2009 at 3:24 PM  
Blog Widget by LinkWithin