salam kepada semua sahabat.. diumumkan blog bicarakelantan.blogspot.com telah dibuka dgn rasminya. sedikit pengenalan berkenaan blog ini, ia berkisar kepada suasana politik dan isu2 semasa yg berlaku di kelantan dan umumnya di seluruh negara. ia menggabungkan beberapa org blogger dari kelantan bagi memberi perician yg lebih baik berkenaan sesuatu isu yg berlaku.
diharap para blogger yg support kerajaan dapat berkunjung ke blog ini sebagai tanda sokongan kepada kami. terima kasih...
p/s : skimanye rase bahase aku kali ni.. hehe..

sori kwn2, aku bz skang nih. kene btugas tuk pilihanraye DUN Manek Urai. walaupun tarikhnye lmbt lg (14hb Julai), tp aku dah stat kene buat keje dah. tension!! ari2 kene p sane. dah lah jauh ngan umah aku. nak manje2 ngan bini pun dah xsmpat. erkhh!!!
pade kwn2 yg rase die kwn aku, sorilah kalo xsmpat jenguk umah korang ye. nant ble ade mase, aku cuit korang. heheh..
hahaha!! aku gelak bukan sb stuju ngan kputusan hakim yg br dbuat td, tp pasai politik perak dah makin haru-biru!! xth nak kate ape dah. kat ofis aku skang pun dah kecoh pasai kputusan yg xdsangke2 nih. ingtkan lpas sidang dewan aritu sjuk kjap pasai politik perak. rupe2nye bsambung ngan episod ni plak. hahaha!! fenin2..
ape2 pun, yg aku nmpk pd penggal ni para wakil rakyat kat perak memang xsmpat nak buat kerja utk rakyat. heheh.. trime je lah rakyat perak sumer ye..
8.05pm - Penat! 2 je yg aku blh ckp. untuk pengetahuan korang, aku dlm prjalanan balik dari Bkt Gantang. skang ni ade kat g.musang(check-in bilik kat Kesedar-inn). xlaratlah nak balik Kb.
Sebab ape korang tau? trip kitorang btolak smalam dlm kul 5.00pm, smpai g.musang dlm kul 8.30pm. rehat jap umah pgawai cni n btolak dlm kul 10.00pm. smpai kat susur keluar Changkat Jering kul 2.30am. pastu trus g umah pgawai2 yg btugas utk buat spotchek(hehe). dalam kul 5.30am btolak ke ipoh(cari bilik murah) sb kat bkt gantang sumer pnh. pastu dari ipoh, btolak balik dlm kul 1.00pm n smpai kat cni(gua musang) dlm kul 6.00pm. erkhh!!
dah!! cukuplah catatan pjalanan aku tuk arini. heheh.. nak mandi, nak tdo. ape2 pun, kte tgk lah nant sape yg menang.. rs cam gelap je BN..
semalam aku br balik dari HQ kat KL. macam2 isu berkenaan pilihanraya kecil Bukit Selambau n Bukit Gantang yg aku dgr yg mane kebanyakannye memang xder kuar dalam paper. biasenye kalo pilihanraye kecil camni aku diarahkan bertugas, tp kali ni aku dikecualikan dsebabkan br kawen kot.. heheh...
tp ape yg paling menarik perhatian aku ialah hasil risikan dan pemantauan terkini, due2 tempat pilihanraye 2, BN kalah. mungkin kalah teruk..
erm.. nampaknye mungkin betul lah kata para penganalisis politik yg mane peralihan kuasa antara Najib dgn Paklah tidak beri ape2 kesan pun utk pilhanraye kecil ni..
Wallahualam..
akhirnya termakbul jgk doa aku semoga makcik rafidah kalah dalam pengundian kali ni. memang aku puas ati lah!! tentang KJ plak.. erm.. no komen lah.. biarlah si luncai terjun dgn labu2nya..
Arini diadakan pemilihan bg Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO. sebenarnya aku xkesah pun dapat kat sape2 sebab bg aku diorang lebih kurang je. cuma seorang je aku arap kalah iaitu makcik rafidah. aku memang xminat betul kat die nih. nyampah! tiap kali press conference mesti letak Quran kat depan die. nak tunjuk baik la 2 kot.. makcik weh! orang yg betul2 baik nih insyaallah Tuhan akan pancarkan kat rupe die.. xperlu nak blakon2 lah! dah!!
bukan nak kate aku ni pakar analisis politik.. bukan jgk nak kate aku ni org penting dlm parti politik. tp kehidupan seharian aku berlegar dalam persekitaran org2 politik. masam ke masin, aku terpaksa tanggung disebabkan tugas yang telah diamanahkan. bermacam2 perkara berkaitan politik yg aku dgr yg mane tiada dihebahkan dalam akhbar atau sebarang jenis media. ikhlas dari hati, aku amat sedih dgn perkembangan politik sekarang.. kebanyakan ahli2 mereka sudah tidak mengambil berat tentang dosa pahala.. nauzubillah... jarang sgt aku jumpe ahli2 politik yg betul2 jujur untuk menolong rakyat. kebanyakan dari mereka ada agenda sendiri melibatkan diri dalam dunia yg penuh putarbelit ini. kebanyakan dari mereka sudah menganggap wang adalah segala2nya sehingga kan tidak tkt untuk melakukan kemungkaran. Ya Allah.. Kau ampunilah kami dan jauhi lah kami dari azab api neraka..Amin..
Siapa bilang faktor calon tidak memainkan peranan dalam sesebuah pilihraya? sekarang dah terbukti apabila calon PAS berjaya merampas kerusi parlimen K.T dari BN. aku nak hurai banyak pun rasanya dah tak perlu.. parti kerajaan ni dah makin banyak lopak yang perlu ditimbus. rakyat pun dah faham sgt dgn bermacam gula-gula pilihanraya yang ditabur. mereka pun dah tak bodoh macam dulu lg dah.. kepada BN khususnya UMNO, LU FIKIRLAH SENDIRI...
aritu mase penamaan calon, aku ade pergi ke K.T. dan mengikut yg aku pandang2, dengar2, peluang untuk BN menang adalah 30-70 berpihak kepada PAS. betul ke? kalau mengikut firasat aku, ada logik perkara itu akan berlaku. faktornya banyak dan salah 1 nye adalah pada calon BN sendiri yang dikatakan baru belajar nak senyum kat rakyat. blh ke macam tu? ikhlas ke macam tu? Wallahualam...
oleh : Ustaz Man Hassan
Sana-sini masyarakat Malaysia bercakap soal perpecahan. UMNO berpecah, melayu berpecah, MCA berpecah, MIC berpecah, BN berpecah.. artis pun berpecah(bercerai), dan macam-macam lagi perpecahan. Masyarakat terlalu gemar bercakap tentang perpecahan tetapi mereka tidak cuba mencari sebab- sebab perpecahan.
Maka ramai-ramai pula mencari jalan untuk menyatukan balik masyarakat yang berpecah-belah.. Tak mungkin berlaku perpaduan sebenar, tanpa menemui sebab-sebab perpecahan. Kadang-kadang orang takut nak menyatakan yang sebenar kenapa masyarakat berpecah. Lalu bermacam-macam sebab mereka kemukakan. Tetapi satu pun tak betul, tak ikhlas..
Bagi saya, perpecahan dalam masyarakat Malaysia kini adalah bermula apabila berpecahnya para pemimpin yang berkepentingan. Cuba lihat sejarah perbalahan Saidina Ali dengan Muawiyah memyebabkan perpecahan di kalangan umat Islam seperti lahirnya Khawarij, Shiah dan Murjiah.Dalam konteks Malaysia pula, apabila Ku Li lawan Mahathir, UMNO berpecah. Begitu juga apabila Anwar lawan Mahathir, UMNO turut berpecah.
perebutan kuasa oleh mereka yang mahu menjadi pemimpin maka natijahnya, masyarakat berpecah, kerana pemimpin-pemimpin ada pengikutnya sendiri. Bila kalah dalam perebutan kuasa, mereka membawa diri bersama pengikut setianya, kadang-kadang menubuhkan parti lain atau kumpulan lain.Tidakkah ini jelas dan terbukti bahawa perpecahan itu bermula dari memimpin?
Pemimpin berkepentingan punca perpecahan... Maka kalau ingin menyatukan melayu, perkara yang paling utama adalah.. para pemimpin janganlah kerana mengejar kuasa sanggup melihat kesatuan melayu berpecahbelah.
Bangsa Melayu adalah merupakan suatu bangsa yang membina empayar yang termasyhur diseluruh pelusuk Nusantara pada suatu masa dahulu.Kegemilangan Kerajaan Melayu tercatat
dalam tulisan-tulisan para sarjana barat,maruah bangsa Melayu ternyata berada dipuncak kegemilangan yang tidak dapat disangkal lagi.Dari kepulauan Sulu hingga Langkapuri kehebatan
Melayu tidak dapat ditandingi.
Diketika itu kehebatan Melayu tersohor dalam bidang Agama dan kePahlawanan.Ketika kerajaan
Majapahit dan Matarram tunduk kepada Empayar Kesultanan Melayu.Kehebatan kesultanan Melayu Melaka mampu mematahkan serangan-serangan bangsa Benggali Putih dengan begitu mudah sahaja.
Kekuatan Melayu tidak dapat digugat tanpa adanya Pembelot seperti Patih Karma Wijaya,
setanding dengan Brutus dalam kerajaan Rom ketika pemerintah Julius Ceaser.Brutuslah yang
menjatuhkan kehebatan kerajaan Rom sama seperti terfitnahnya Laksamana Tun Tuah.
Dalam konteks kerajaan Barisan Nasional hari ini,watak2 Patih Karma Wijaya muncul
dengan begitu ramai.Sekiranya watak Karma Wijaya ini menyerap masuk kedalam UMNO, maka akan hancurlah UMNO dalam sekelip mata.Rupa bentuk Karma Wijaya sudah bertukar
dari seorang cendikiawan yang menjadi penasihat Raja kepada Cendikiawan berWang dalam
pertubuhan UMNO.Cendiakawan berWang ini memperdagang nilai-nilai perjuangan UMNO
menjadi suatu objek yang boleh dijual beli.Bezanya pembelinya sekarang adalah manusia yang
bernama Melayu,esok status pembeliannya bertukar menjadi Pengangan Bebas.Umno tonggak kekuatan Bangsa Melayu.Umno Teras Kerajaan Barisan Nasional,Umno Pembela Bangsa Melayu,Melayu di Malaysia adalah penganut Agama Islam.Bila UMNO dijual kepada
pembeli bukan orang Melayu MAKA Melayu tinggal nama sahaja dalam lipatan sejarah sebuah
bangsa yang bakal dibaca oleh cucu-cicit yang tidak akan mengaku berketurunan bangsa Melayu.
Oleh itu,hentikanlah segera Politik Wang yang sedang hebat melanda pemikiran orang Melayu.
Hang Tuah hanya berkata "Ta' Melayu Hilang DiDunia" tetapi Bangsa Melayu akan merempat disegenap dunia hasil dari budaya Politik Wang hari ini.Diketika itu apalah ertinya Wang?.Seluruh warisan milik orang Melayu tergadai kepada orang bukan Melayu.Slogan "Hidup Melayu" yang dilaungkan bersama keris terhunus ditangan akhirnya menjadi bahan jenaka kepada orang lain.
Setelah 5 memanda Perdana Menteri membina kekuatan bangsa Melayu,kita melihat ketokohan yang ada pada Dato' Seri Mohd Najib cukup meyakinkan untuk menyambung pembinaan kekuatan bangsa Melayu,sudah terdengar suara-suara pembelot yang berbangsa
Melayu menunjukkan ciri-ciri Patih Karma Wijaya.ITULAH SAUDARA ANWAR IBRAHIM.
Munculnya Karma Wijaya bertopengkan Anwar Ibrahim amat berbahaya kepada Bangsa Melayu.
Bakal Perdana Menteri Malaysia ke6 perlu bertindak segera menghapuskan Karma Wijaya II
yang sedang bangkit dengan kuncu-kuncunya.Sayangilah Bangsaku.
SHAH ALAM 1 Nov. – UMNO berhasrat menggalakkan pembabitan lebih banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu dalam kegiatannya sebagai salah satu langkah memulihara serta memperkuatkan parti itu pada masa depan.
Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, langkah tersebut dibuat kerana keahlian UMNO kini lihat dikuasai ramai golongan kontraktor yang boleh menjejaskan keutuhan parti jika tidak ditangani segera.
Katanya, keadaan sedemikian amat jauh berbeza dengan zaman dahulu di mana UMNO dibentuk oleh gabungan daripada pertubuhan- pertubuhan Melayu dengan matlamat yang sama iaitu menjaga kepentingan bangsa.
“Mungkin keadaan dulu dan sekarang lain. Namun, kita khuatir jika lebih banyak penguasaan golongan kontraktor dalam UMNO kemungkinan akan berlaku pengaliran keluar sokongan terhadap parti ini.
“Jika dahulu, sokongan UMNO begitu kuat sehinggakan seorang guru biasa boleh dilantik untuk menerajui parti sama ada di peringkat bahagian atau pun cawangan, imam pun tidak terkecuali, tetapi sekarang tidak lagi begitu.
“Kalau kita biarkan keadaan ini berterusan, kemungkinan UMNO tidak akan dapat sokongan termasuklah matlamat perjuangan kepentingan bangsa mungkin tidak sampai” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Kelapan Persatuan Bekas Pengawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia Cawangan Selangor di sini hari ini.
Muhammad yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah turut memberikan contoh keadaan politik serta bangsa Jepun ketika zaman pemerintahan Meiji.
Beliau berkata, sebelum kebangkitan Meiji, keadaan di negara Jepun tidak stabil di mana kehidupan rakyat berada dalam kucar kacir ekoran pemberontakan yang berlaku.
susah sgt nak jumpa orang politik yang betul-betul memperjuangkan nasib rakyat. setiap mereka pasti ada agenda tersendiri yang membuatkan ingin aktif dalam arena ini. ahli-ahli politik yang berstatus 'ustaz' pun ramai yang mengambil kesempatan. mungkin bagi mereka, dosa pahala tidak wujud dalam politik.. masyaallah..

